Salam Takziah Kpd Keluarga Arwah Ezwan Ezhar El-Bahrin

Posted by MaranDaily Tuesday, December 29, 2009

Remaja OKU maut digilis lori tangki

JENGKA – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kiri apabila digilis lori tangki muatan minyak sawit dalam satu kejadian di Kilometer (Km) 43.2 Jalan Maran-Bandar Jengka dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, motosikal yang ditunggang mangsa gagal memotong lori tangki terbabit sebelum dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal lain.

Menurutnya, mangsa, Ezwan Ezhar El-Bahrin, 17, yang pekak dan bisu, dari Felda Jengka 24 dipercayai gagal mengawal motosikalnya apabila dirempuh motosikal dari arah belakang lalu menyebabkan mangsa jatuh sebelum digilis lori tangki berkenaan.

“Lori tangki muatan minyak sawit itu dari arah Bandar Jengka menuju ke Kuantan manakala mangsa juga dari arah sama dipercayai bersama rakan menuju Pekan Sungai Jerik.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kiri meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Johari berkata, keadaan jalan yang berselekoh di Km 43.2 Jalan Maran-Bandar Jengka mengundang bahaya bagi pengguna jalan raya yang menjadi antara lokasi kemalangan dan menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

“Sehubungan dengan itu, polis turut menasihatkan penunggang motosikal dan pengguna jalan raya yang lain supaya mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati ketika memandu.

“Memakai topi keledar sahaja tidak cukup sekiranya masih memandu dalam keadaan yang tidak selamat dan mengabaikan peraturan jalan raya yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya. SHO

***AL-FATIHAH***

0 Responses to Salam Takziah Kpd Keluarga Arwah Ezwan Ezhar El-Bahrin

Post a Comment

DEMI MASA:

Web TV (**Auto Channel**):

TV MARAN (**LIVE**):

RUANGAN PENDAPAT PERIBADI:

LAMAN PIMPINAN: